Berita: LAWATAN DELEGASI TPO KE MARI MARI CULTURAL VILLAGE, KENALI KEUNIKAN ETNIK DI SABAH
16 JULAI 2025: Delegasi Tourism Promotion Organization (TPO) turut berpeluang untuk mengadakan Lawatan Teknikal ke Mari Mari Cultural Village, Inanam yang memberikan gambaran mengenai kekayaan dan keunikan budaya dan etnik yang terdapat di negeri ini, pada 10 Julai 2025.
Terletak kira-kira 30 minit daripada pusat bandar, Mari Mari Cultural Village merupakan salah satu destinasi pelancongan yang sering mendapat tumpuan ramai, kerana ia menyediakan persekitaran dan aktiviti-aktiviti interaktif yang bersifat informatif kepada semua pengunjung yang datang.
Rombongan yang terdiri daripada TPO Secretariat, Busan, Korea dan Malaysia turut disertai oleh Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), DBKK selaku Pengerusi Program TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members.
Menerusi lawatan ini, ahli-ahli TPO telah dibawa untuk melawat ke pameran rumah-rumah etnik yang terdapat di Mari Mari Cultural Village, antaranya ialah Murut, Dusun, Bajau, Rungus dan Lundayeh, di mana mereka telah diberikan taklimat ringkas mengenai latar belakang dan keistimewaan setiap etnik.
Mereka juga berpeluang untuk mengambil bahagian dalam aktiviti-aktiviti santai seperti demonstrasi produk makanan, kraftangan dan permainan tradisional. Sebelum lawatan berakhir, rombogan delegasi berpeluang untuk menyaksikan persembahan tarian kebudayaan pelbagai etnik.
Lawatan Teknikal Siri II ini menandakan berakhirnya kunjungan para delegasi selama tiga (3) hari, bersempena dengan TPO Regional Meeting 2025 For Malaysian Members.
Setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan program ini. Semoga kerjasama yang terjalin akan terus diperkukuh dalam usaha memperkasa sektor pelancongan tempatan ke peringkat antarabangsa.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez & Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa, DBKK#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



