Skip to main content

Berita: PENGANUGERAHAN ASEAN CLEAN TOURIST CITY STANDARD (ACTCS)

  • -

    Bandar raya Kota Kinabalu merupakan antara bandar terbersih di kalangan negara-negara Association of Southeast Asian Nations (ASEAN) dan telah berjaya menerima anugerah ASEAN Clean Tourist City Standard (ACTCS) bagi Tahun 2020 hingga 2022 pada 16 Januari 2020 di Bandar Seri Begawan, Brunei. Pengiktirafan anugerah ACTCS kepada DBKK merangkumi tujuh (7) kriteria asas iaitu :-

    1. Pengurusan Alam Sekitar
    2. Kebersihan
    3. Pengurusan Sisa
    4. Kesedaran - Penyediaan Indikator Perlindungan Alam Sekitar dan Kebersihan
    5. Kawasan Hijau
    6. Keselamatan Kesihatan / Bandar
    7. Penyediaan Indikator Infrastruktur dan Kemudahan Pelancongan

    sebagai panduan untuk mencapai matlamat penyampaian perkhidmatan yang berkualiti tinggi dan cemerlang sebagai destinasi pelancongan.

    Tahniah DBKK khususnya penduduk bandar raya Kota Kinabalu. Teruskan kepekaan dan keprihatinan anda terhadap kebersihan persekitaran. DBKK menyeru kepada semua penduduk bandar raya Kota Kinabalu untuk bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga kebersihan dan kemudahan awam yang disediakan oleh kerajaan dengan sebaiknya.