Skip to main content

Berita: DBKK TERIMA LAWATAN SAMBIL BELAJAR MAJLIS PERBANDARAN MUAR

  • -

    09 OKTOBER 2025: Seiring usaha memperkukuh jalinan kerjasama strategik antara Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima lawatan sambil belajar daripada Majlis Perbandaran Muar, di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 08 Oktober 2025.

    Agenda utama lawatan ini adalah bagi menyediakan platform yang membolehkan kedua-dua pihak berkongsi pengalaman serta mengadakan interaksi dua hali berkaitan strategi pengurusan pelancongan dan inisiatif program komuniti di DBKK.

    Lawatan ini dipengerusikan oleh Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan). Hadir sama ialah Ketua-ketua Jabatan, DBKK.

    Rombongan Majlis Perbandaran Muar telah diketuai oleh YBhg. Dato’ Azman bin Ismail, Ketua WHIP Majlis Perbandaran Muar, bersama 24 wakil yang terdiri daripada Setiausaha, Ahli-ahli Majlis dan pegawai-pegawai kanan dari pelbagai jabatan.

    Antara pengisian utama lawatan ini adalah sesi taklimat bertajuk “Strategi Pengurusan Pelancongan dan Inisiatif Program Komuniti di DBKK” yang disampaikan oleh Puan Darna binti Badawi, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK. Majlis kemudian diteruskan dengan sesi interaktif dan soal jawab yang membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk mengemukakan soalan, selain saling berkongsi pandangan berkaitan sistem pentadbiran bandar raya.

    Semoga perkongsian ilmu dan pengalaman menerusi lawatan ini menjadi pemangkin kepada sinergi kerjasama yang lebih erat di antara DBKK dan Majlis Perbandaran Muar.

    Terima kasih Majlis Perbandaran Muar!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK