Skip to main content

Berita: DBKK ANJUR BENGKEL SISTEM PENGURUSAN ANTI RASUAH ISO 370012025 MODUL SISTEM OPERASI

  • -

    15 OKTOBER 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Bengkel Sistem Pengurusan Anti Rasuah ISO 37001:2025 Modul Sistem Operasi bertempat di Pusat Pembelajaran Bandaraya Kota Kinabalu pada 06 dan 07 Oktober 2025.

    Seramai 79 anggota DBKK telah menyertai bengkel ini yang memberi penekanan terhadap pelaksanaan dan kawalan operasi anti rasuah secara sistematik, termasuk perancangan operasi serta usaha wajar bagi memastikan setiap aktiviti, projek dan urus niaga dilaksanakan dengan telus, beretika dan bebas daripada sebarang risiko rasuah.

    Sepanjang bengkel berlangsung, para peserta turut didedahkan kepada kepentingan pelaksanaan kawalan kewangan dan bukan kewangan sebagai langkah pencegahan terhadap penyelewengan serta salah guna kuasa. Aspek berkaitan pengurusan hadiah, hospitaliti, sumbangan dan faedah turut dibincangkan bagi mengelakkan konflik kepentingan serta persepsi negatif terhadap integriti organisasi.

    Selain itu, peserta juga diberikan penjelasan mengenai tindakan organisasi dalam mengurus ketidakcukupan kawalan anti rasuah, penyediaan saluran kebimbangan serta pelaksanaan penyiasatan dan tindakan sewajarnya terhadap sebarang kes rasuah yang dikenal pasti.

    Penganjuran bengkel ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman peserta terhadap pelaksanaan kawalan operasi anti rasuah, mempertingkat budaya integriti dalam organisasi serta memastikan setiap proses dan aktiviti di DBKK mematuhi keperluan Standard ABMS ISO 37001:2025.

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
    Suntingan: Bahagian Media dan Komunikasi, JPPA

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK