Berita: PENYAMPAIAN HADIAH DBKK VIRTUAL FUN RUN 2025
22 OKTOBER 2025: Majlis Penyampaian Hadiah DBKK Virtual Fun Run 2025 telah diadakan pada 21 Oktober 2025 di Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), bagi meraikan para peserta yang telah berjaya menamatkan cabaran larian maya yang berlangsung dari 16 Ogos hingga 16 September 2025.
Program ini merupakan salah satu inisiatif DBKK yang bertujuan menggalakkan gaya hidup sihat, memupuk semangat berpasukan dan memperkukuh kesejahteraan warga kerja, selaras dengan usaha mewujudkan persekitaran kerja yang cergas dan produktif.
Larian maya ini melibatkan jarak sejauh 50 kilometer secara berkumpulan, dengan penyertaan tiga (3) orang bagi setiap kumpulan.
Program ini mendapat sambutan menggalakkan daripada pelbagai jabatan di DBKK, menunjukkan semangat kesukanan dan kekitaan yang tinggi dalam kalangan warga kerja bandar raya.
Keputusan Larian 50KM (Kategori Kumpulan) adalah seperti berikut:
1.
Juara – Wincentbert Latius, Mohammad Nazmi bin Abdul Jakir & Puteri Nurazzimah Izzati binti Agusti Zulkarnain
Catatan masa: 03:40:47
2.
Tempat Kedua – Salvia binti Yusop, Reffle bin Morijon & Anida Ismail
Catatan masa: 04:24:42
3.
Tempat Ketiga – Norlinda Gati, Shah Aryan bin Shahzam & Mohamad Muffrie bin Muliyadi
Catatan masa: 04:51:55
4.
Tempat Keempat – Leong Tze Fui, Sebastian Stephen & Mauran Gadim
Catatan masa: 04:54:40
Pemenang Cabutan Bertuah:
1. Stefhan Kuling, Rozenie binti Jerome & Tity Melissa binti Hawang
2. Danniel Yanjom, Hadly Yumol & Boniventure Laju Maligkam
3. Mohd Khairul Anuar bin Norbit, Mohd Hafiz bin Imbran & Mohd Razali bin Mat Jari
Bagi kategori Jabatan Paling Aktif, pengiktirafan tersebut diberikan kepada Jabatan Pelesenan atas penyertaan aktif dan komitmen tinggi dalam menjayakan program ini.
DBKK merakamkan ucapan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan kepada semua peserta atas penyertaan, semangat kesukanan serta komitmen yang ditunjukkan sepanjang program ini berlangsung.
Semoga penganjuran DBKK Virtual Fun Run 2025 menjadi pemangkin kepada budaya kerja yang sihat, harmoni dan produktif, seiring dengan aspirasi DBKK untuk melahirkan warga kerja yang dinamik serta bandar raya yang sejahtera.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaSihatDanProduktif
#BandarayaPintarDanLestariDisediakan oleh:
Bella Berhaman
Pegawai PeneranganMohd. Asruddey Rusli
Jurugambar



