Berita: Jom Bayar Kompaun! (16 - 31 Oktober 2024)

Jabatan Penguatkuasaan, DBKK
Jangan lepaskan peluang untuk menjelaskan tunggakan kompaun anda menerusi program “Jom Bayar Kompaun” bersempena pelancaran aplikasi Sabah Smart Parking, bermula 16 hingga 31 Oktober 2024 ini.
Program ini adalah tawaran pengurangan bayaran kompaun-kompaun DBKK di bawah Undang-undang Kecil (Peruntukan Tempat-tempat Letak Kereta Awam)(Letak Kereta Berkupon) Bandaraya Kota Kinabalu, 2014. Orang awam boleh membuat semakan dan pembayaran di:
- Kaunter 14, Bangunan Pejabat DBKK.
- Kaunter Jabatan Penguatkuasaan, DBKK (Semakan sahaja).
Untuk maklumat lanjut, hubungi Jabatan Penguatkuasaan, DBKK di talian 088-521724.



