Skip to main content

Berita: LAWATAN PENANDA ARAS PROGRAM KEBUN BANDAR MBJB KE DBKK

  • 28 MEI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan daripada Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) bersempena dengan Lawatan Penanda Aras Program Kebun Bandar DBKK, pada 27 Mei 2025.

    Rombongan yang terdiri daripada seramai 40 orang ini diketuai oleh Encik Haji Fadzil bin Mohammad, Timbalan Pengarah Khidmat Pengurusan (Teknologi Maklumat), MBJB.

    Ketibaan mereka disambut mesra oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK merangkap Pengerusi Jawatankuasa Kebun Komuniti Bandar Raya Kota Kinabalu serta ahli-ahli Jawatankuasa.

    Lawatan ini bertujuan sebagai program wajib persaraan kepada pesara dan anggota-anggota yang bakal bersara, selain menjadi platform untuk berkongsi maklumat dan pengalaman mengurus komuniti kebun bandar di antara kedua-dua pihak.

    Selain sesi taklimat program Kebun Bandar Kota Kinabalu, rombongan telah dibawa untuk meninjau kebun-kebun komuniti di sekitar Taman Sempelang, Sembulan iaitu kebun komuniti JKDB Taman Sempelang/Grace Court dan kebun komuniti KRT Taman Sempelang serta Kampung Sembulan Baru.

    Semoga pertemuan di antara DBKK dan MBJB ini dapat menjadi pemangkin kepada cetusan idea baharu, selain memperkukuhkan jalinan kerjasama di antara kedua-dua pihak.

    Terima kasih MBJB!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK