Berita: LAWATAN RASMI DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU KE MAJLIS PERBANDARAAN SELAYANG (MPS)
08 OGOS 2025: Dalam usaha memperkukuh kerjasama dan pengetahuan dalam bidang Sistem Pengurusan Kualiti (QMS), Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan), Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengetuai satu lawatan kerja ke Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), pada 07 Ogos 2025.
Ketibaan delegasi DBKK telah disambut oleh Puan Sr. Norshima Binti Norzlan, Pengarah Penguatkuasa Dan Keselamatan Merangkap Ketua Dokumentasi ISO 9001:2015, MPS bersama pegawai-pegawai MPS.
Lawatan rasmi ini membuma ruang untuk para delegasi mempelajari sistem yang digunakan dalam pembangunan sistem kawalan dokumen yang komprehensif dan automatik sebagai satu langkah yang proaktif dan strategik.
Fungsi seperti semakan dan kelulusan automatik, kawalan semakan dokumen, senarai induk, serta notifikasi tugas tertunggak merupakan ciri-ciri yang bukan sahaja memudahkan urus tadbir dokumen, malah dapat meningkatkan kecekapan dan ketelusan organisasi.
DBKK ingin menzahirkan penghargaan atas penerimaan mesra dan kerjasama yang diberikan sepanjang lawatan kerja ke MPS.
Pengalaman dan pengetahuan yang telah dikongsi oleh pihak MPS amat berharga bagi DBKK, dalam usaha meningkatkan lagi mutu perkhidmatan dan tadbir urus terutama yang berkaitan dengan QMS.
Kerjasama dan hubungan baik yang terjalin ini diharap dapat diteruskan dan diperkukuh demi manfaat bersama dan pembangunan bandar yang mampan. Semoga hubungan antara DBKK dan MPS terus kekal erat dan memberi manfaat berpanjangan.
Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



