Berita: LEBIH 3,000 PESERTA MERIAHKAN INTERCITY MAYOR’S CUP BORNEO HALF MARATHON
25 FEBRUARI 2025: Lebih 3,000 peserta telah mengambil bahagian dalam Intercity Mayor’s Cup Borneo Half Marathon yang merupakan anjuran bersama Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Kinabalu Running Club (KRC), di Padang Merdeka Kota Kinabalu, pada 23 Februari 2025.
Acara pelepasan peserta yang diadakan pada pukul 5 pagi telah disempurnakan oleh Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK yang hadir mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Hadir sama menyatakan sokongan penuh terhadap acara ini ialah YBhg. Datuk Dr. Heng Aik Cheng, Presiden KRC dan Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi), DBKK.
Acara larian yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu ini memberi pengalaman unik kepada para peserta, di mana mereka berpeluang untuk menikmati keindahan dan tarikan ikonik di sekitar bandar raya yang juga dikenali sebagai “Bandaraya Peranginan Semulajadi”.
Lebih menarik lagi, penganjuran Intercity Mayor’s Cup Borneo Half Marathon pada kali ini turut mendapat penyertaan antarabangsa, dengan kehadiran para peserta daripada Guilin City, China.
Sesi penyampaian hadiah telah menyaksikan para pemenang dinobatkan dalam kategori-kategori yang dipertandingkan bagi jarak larian 21KM dan 11KM. Antaranya ialah Men’s Open, Men’s Junior Veteran, Men’s Veteran, Men’s Senior Veteran, Women’s Open, Women’s Junior Veteran, Women’s Veteran, Women’s Senior Veteran dan Intercity Mayor’s Cup.
Tahniah kepada semua pemenang!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



