Skip to main content

Berita: MAJLIS AMANAT DAN PENYERAHAN BENDERA KEPADA PENGURUS-PENGURUS PASUKAN SAGA KONTINJEN BANDARAYA KOTA KINABALU

  • -

    10 OKTOBER 2025: Bersempena dengan Sukan Sabah (SAGA) XI, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan Majlis Amanat dan Penyerahan Bendera Kepada Pengurus-Pengurus Pasukan SAGA Kontinjen Bandaraya Kota Kinabalu, bertempat di Bangunan DBKK, pada 08 Oktober 2025.

    Majlis telah disempurnakan oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi), DBKK yang mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.

    Beliau telah menyampaikan amanat ringkas serta memberikan kata-kata semangat kepada barisan pengurus pasukan Kontinjen Kota Kinabalu yang akan beraksi dalam temasya SAGA XI, di Kompleks Sukan Tawau, pada 11 Oktober ini.

    Dengan berbekalkan komitmen dan semangat juang yang tinggi, Kontinjen SAGA Kota Kinabalu bersedia untuk mempertahankan kejuaraan dalam kejohanan pada kali ini.

    Selamat maju jaya Kontinjen SAGA Kota Kinabalu!

    Sumber Info: Kontinjen SAGA Kota Kinabalu
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK