Berita: MAJLIS BACAAN YASIN, TAHLIL DAN DOA ARWAH DITUJUKAN KHAS KEPADA ALLAHYARHAM TUN DATUK SERI PANGLIMA HAJI AHMADSHAH BIN ABDULLAH, MANTAN YANG DI-PERTUA NEGERI SABAH KE-9
30 MEI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu telah menganjurkan Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Arwah Ditujukan Khas Kepada Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah, Mantan Yang di-Pertua Negeri Sabah Ke-9, di Horizon Hotel, pada 29 Mei 2025.
Majlis ini diadakan bagi mendoakan dan mengenang jasa bakti yang telah dicurahkan oleh Allahyarham Tun Datuk Seri Panglima Haji Ahmadshah bin Abdullah.
Majlis penuh makna ini telah dihadiri oleh YBhg. Dato' Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.
Tirai majlis dibuka dengan Bacaan Surah Yasin, Tahlil dan Doa Arwah yang dipimpin oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Zarr bin Abdul Wahid daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHEAINS).
Hadir sama dalam majlis ini ialah Encik Karim bin Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK serta Ketua-ketua Jabatan, DBKK.
Semoga roh Allahyarham dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



