Skip to main content

Berita: MAJLIS PENYERAHAN BENDERA KEPADA KONTINJEN BOLA SEPAK MAKSAK SABAH

  • -

    10 JUN 2025: Majlis Penyerahan Bendera kepada Kontinjen Bola Sepak MAKSAK Sabah ke MAKSAK Games 2025 telah berlangsung pada 9 Jun 2025 (Isnin) bertempat di Dewan Makan, Tingkat 1, Ibu Pejabat DBKK.

    Majlis ini telah disempurnakan oleh Ketua Pengarah DBKK, Sr. Lifred Wong yang menyampaikan amanat dan kata-kata semangat buat para pemain yang akan mewakili Sabah dalam kejohanan peringkat kebangsaan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau turut menyerahkan bendera Negeri Sabah dan MAKSAK Sabah kepada Encik Mohammad Romzi bin Musa selaku Pengurus Pasukan, sebagai simbol restu dan sokongan kepada seluruh kontinjen.

    Turut hadir sebagai tanda sokongan adalah Tuan Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Operasi) DBKK; barisan pegawai pengurus kontinjen serta ahli-ahli kontinjen yang akan mewakili negeri Sabah ke kejohanan MAKSAK Games 2025 di Kota Bharu, Kelantan.

    Pasukan ini dikelolakan sepenuhnya oleh DBKK dan dibarisi oleh pemain-pemain terpilih daripada pelbagai jabatan serta turut disertai oleh dua pemain dari Jabatan Tanah dan Ukur serta Jabatan Kerja Raya.

    Selamat berjuang kepada Kontinjen Bola Sepak MAKSAK Sabah! Bertandinglah dengan semangat juang yang tinggi, disiplin dan integriti. Bawa nama Sabah dengan bangga dan pulanglah dengan kejayaan! 

    Liputan: Noorziana Zainih
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media & Komunikasi,
    JPPA, DBKK