Berita: MAJLIS PERASMIAN KK CITY STRONGMAN DAN PAMERAN KENDERAAN VOLKSWAGEN KLASIK, CURI PERHATIAN WARGA KOTA!
12 FEBRUARI 2025: KK City Strongman 2025 & Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik telah menggamatkan Kota Kinabalu dengan aksi kekuatan luar biasa dan pameran jentera klasik yang memukau!
Acara yang berlangsung pada 09 Februari 2025 di pekarangan parkir DBKK ini telah dirasmikan oleh Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah DBKK yang mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Turut hadir menyerikan majlis ialah Puan Faradillah Hj. Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah Sektor Khidmat Pengurusan DBKK, Encik Aderen Yagang, Pengerusi Penganjur KK City Strongman 2025 & Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik, serta pegawai-pegawai kanan DBKK.
Sebagai simbolik perasmian, Sr. Lifred Wong telah melakukan aksi Car Deadlift dan Tyre Flip, mencetuskan sorakan gemuruh daripada peserta dan pengunjung yang hadir!
Bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, acara ini menampilkan pelbagai model Volkswagen klasik dan Vespa dengan penglibatan 32 peserta dari Sabah (Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan, Tawau), WP Labuan, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Sebagai tanda penghargaan kepada para peserta, cenderakenangan telah disampaikan kepada wakil-wakil persatuan yang menyertai acara ini, antaranya Kelab Volkswagen Klasik Sabah, Mohawk Gym, B’Volks Aircooled Club (Brunei Darussalam), VAT WP Labuan dan Vespa Kota Kinabalu.
Majlis turut menyaksikan sesi penyampaian hadiah oleh Sr. Lifred Wong bagi kategori Best Vespa “Mayor’s Choice” yang dimenangi oleh Encik Mohd. Yusuf @ Wan dari Kota Kinabalu dan Best VW “Mayor’s Choice” yang dimenangi oleh Encik Haji Abdul Hamid Haji Abu Bakar dari Brunei Darussalam.
Sebanyak 15 peserta telah menyertai acara KK City Strongman 2025, bersaing dalam pelbagai ujian ketahanan dan kekuatan. Berikut adalah senarai pemenang:
Johan (RM1000) - Encik Ferdinandus Leonardus
Naib Johan (RM700) - Encik Mohd Fauzee
Ke-3 (RM500) - Encik Muhammad Nasrul
Ke-4 (RM300) - Encik Kennedy Paul
Ke-5 (RM250) - Encik Eddie Maxlarence
Ke-6 (RM150) - Encik Brandon Lee
Ke-7 (RM100) - Encik Ivony Geoffre
Ke-8 (RM100) - Encik Christiansen
Ke-9 (RM50) - Encik Mohamad Amirul
Ke-10 (RM50) - Encik Yong Yung Haw
Turut berlangsung sesi penyampaian hadiah kepada peserta pameran kenderaan Volkswagen klasik bagi kategori Best VW Beetle - Classic, Best VW Beetle - Restored, Best VW Beetle - Modified, Best VW Van (Kombi Transporter), Outstanding Interior - Restored, Best Paint Work, Best VW Non Beetle, Best Engine - Original, Best Engine - Modified dan Best Sticker (Vinyl 60%) dan peserta pameran Vespa bagi kategori Best Vespa - Outstanding, Best Vespa - Slow Moving, Best Vespa - Retro dan Best Vespa - Rusty.
Walaupun hujan turun, peserta dan pengunjung tetap bersemangat dan setia menyaksikan aksi-aksi menarik hingga ke penghujung acara.
Terima kasih kepada semua yang menjayakan acara ini! Nantikan KK City Strongman & Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik tahun hadapan!
Liputan: Noorziana Zainih
Foto: Renaldo Fernandez#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media & Komunikasi,
JPPA, DBKK



