Skip to main content

Berita: MANFAATKAN KEMUDAHAN AWAM, JAUHI PERBUATAN VANDALISME

  • 10 MEI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) memandang serius sebarang perbuatan vandalisme oleh mana-mana pihak atau individu sehingga menyebabkan kerosakan pada kemudahan awam yang disediakan di sekitar bandar raya.

    Penyediaan kemudahan awam di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu adalah untuk kegunaan dan manfaat bersama. Kerosakan pada harta benda awam ini akan melibatkan pengeluaran kos yang tinggi untuk dibaiki atau diganti baharu.

    Baru-baru ini, DBKK telah menerima maklumat daripada orang awam berkaitan tiang lampu di Jalan Jati, Kota Kinabalu yang rosak akibat tindakan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

    Hasil pemeriksaan lanjut daripada Jabatan Kejuruteraan, DBKK menganggarkan kos untuk membaik pulih kerosakan ini mencecah sehingga RM6,500.

    Mana-mana individu yang didapati dengan sengaja menyebabkan kerosakan atau kemusnahan pada harta benda awam, perlu membayar ganti rugi. Sekiranya gagal berbuat demikian, tuntutan ganti rugi sivil boleh diambil.

    Warga Bandaraya Kota Kinabalu diseru untuk melaporkan sebarang maklumat berkaitan tindakan tidak beretika ini kepada pihak berkuasa. Jauhi budaya vandalisme, sama-sama kita jadikan Kota Kinabalu sebagai bandar raya sejahtera dan selamat untuk semua.

    Sumber Info: Jabatan Kejuruteraan & Jabatan Perundangan, DBKK
    Foto: Jabatan Penguatkuasaan, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK