Berita: MAYOR BANDARAYA KOTA KINABALU HADIR MEMERIAHKAN PROGRAM “THE 10TH SABAH FCAS INTERNATIONAL DRAGON BOAT RACE 2025”
18 MEI 2025 – Dato’ Sri Dr. Haji Sabin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, telah menghadiri acara kemuncak The 10th Sabah FCAS International Dragon Boat Race 2025 yang berlangsung meriah di Teluk Likas, Kota Kinabalu pada pagi ini.
Acara yang bermula seawal jam 6.00 pagi ini memperlihatkan penyertaan pasukan tempatan dan antarabangsa dalam pelbagai kategori perlumbaan, termasuk acara Men’s Open, Mix Team, Women’s Team, Master’s Open dan Kinabalu Junior Trophy, selain perlumbaan istimewa bagi merebut trofi-trofi seperti Sabah Head of State Trophy dan Sabah Chief Minister’s Trophy.
Program ini bukan sahaja mencerminkan semangat perpaduan dalam kalangan komuniti pelbagai bangsa dan negara, malah menjadi salah satu usaha mempromosikan pelancongan sukan (sports tourism) di Kota Kinabalu.
Dalam hal ini, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu menyokong penuh inisiatif seumpama ini yang berperanan memperkukuh imej bandaraya sebagai destinasi pelancongan antarabangsa.
Dato’ Sri Mayor turut merakamkan penghargaan kepada Federation of Chinese Associations Sabah (FCAS) atas penganjuran acara tahunan yang bertaraf antarabangsa ini, yang berjaya mengangkat nama Kota Kinabalu di persada dunia melalui acara tradisi yang penuh warna-warni dan kaya dengan nilai kebudayaan.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariLaporan: Bella Berhaman
Sumber Foto: Mohd. Asruddey Rusli



