Berita: PAUTAN BORANG E-BAZAR KINI DIBUKA BAGI PERMOHONAN MENJAJA DI BAZAR RAMADAN
Pautan Borang E-Bazar kini dibuka bagi permohonan menjaja di bazar Ramadan bawah seliaan DBKK.
Tapak lot adalah terhad dan berdasarkan “First Come, First Served”. Orang ramai yang ingin membuat permohonan tapak gerai, boleh mengimbas Kod QR yang tertera.
Pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1. Salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah.
2. Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan.
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
4. Satu (1) gambar produk-produk jualan (berwarna dan dalam bentuk digital 'soft copy').
Kegagalan untuk memuat naik dokumen-dokumen yang telah dinyatakan akan menyebabkan permohonan ditolak.
Untuk pertanyaan lanjut, Bahagian Pengurusan Penjaja boleh dihubungi melalui talian 011-25198664, pada waktu pejabat, iaitu pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari



