Skip to main content

Berita: PERTANDINGAN CATUR DBKK 'RAPID FIDE RATED' 2025, GILAP BAKAT PEMAIN CATUR TEMPATAN

  • 25 FEBRUARI 2025: Seramai 173 peserta dari seluruh negeri telah menyertai Pertandingan Catur Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) 'Rapid Fide Rated' 2025 yang dianjurkan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, di Dewan Masyarakat Manggatal, pada 22 Februari 2025.

    Daripada jumlah ini, seramai 55 orang peserta telah bertanding dalam Kategori Terbuka (Open) manakala 118 orang peserta telah bertanding dalam Kategori 18 Tahun Ke Bawah, Kategori 15 Tahun Ke Bawah, Kategori 12 Tahun Ke Bawah dan Kategori 9 Tahun Ke Bawah.

    Sebelum perlawanan dimulakan, para peserta telah diberikan taklimat berkaitan syarat, peraturan dan prosedur pertandingan. Pertandingan telah bermula pada pukul 9 pagi dengan menyaksikan para peserta berentap menerusi lapan (pusingan permainan bagi merebut gelaran juara.

    Sesi penyampaian hadiah kepada pemenang telah disempurnakan oleh Encik Robert Lipon, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Berikut adalah senarai pemenang mengikut kategori:

    1. Kategori Terbuka (Open)

    Johan: Mohd. Faizal Roslan
    Naib Johan: Abdul Sahim Wising
    Tempat Ke-3: Awang Mohd. Syafie Mohd. Kifflee
    Tempat Ke-4: Muhd. Saifullah Al Murishi
    Tempat Ke-5: Mohd. Diya Zulkarnain
    Tempat Ke-6: Faizal Andin
    Tempat Ke-7: Mahimad Petrus
    Tempat Ke-8: Wan Mohd. Azmie Wan Abd. Rahim
    Tempat Ke-9: Nazir Najarin
    Tempat Ke-10: Abdul Wahab Abu Bakar

    2. Kategori 18 Tahun Ke Bawah (U18)

    Johan: Brayden Carl Linus
    Naib Johan: Katherina Samantha Likoh
    Tempat Ke-3: Adi Amsyar Kahimin
    Tempat Ke-4: Airiel Luqman Mahiri
    Tempat Ke-5: Dayang Nurkhaleela Mohd. Kifflee
    Tempat Ke-6: Hargves Esqueero Elip Lipon
    Tempat Ke-7: Ryan Russel Chang
    Tempat Ke-8: Muhd. Adam Zikri Sapar
    Tempat Ke-9: Vinoun Jugah Hitla
    Tempat Ke-10: Abd Mateen Abd. Hakim

    3. Kategori 15 Tahun Ke Bawah (U15)

    Johan: Alif Amjad Kahimin
    Naib Johan: Jason Warren Likoh
    Tempat Ke-3: Stallone Tiyyo Stevenson
    Tempat Ke-4: Declan Carl Linus
    Tempat Ke-5: Keevan Raj
    Tempat Ke-6: Afeeq Faiq Ajilin
    Tempat Ke-7: Ayden Kho Yong An
    Tempat Ke-8: Syahmi Salmidi
    Tempat Ke-9: Adrianna Mia Ab Halim
    Tempat Ke-10: Muhd. Aqiff Nazrin Muhd. Zurin

    4. Kategori 12 Tahun Ke Bawah (U12)

    Johan: Ayden Mikail Ab Halim
    Naib Johan: Fattah Thoha Fads
    Tempat Ke-3: Sh Luqman Hafiz Sh Maswan
    Tempat Ke-4: Dynviq Standdy Samson
    Tempat Ke-5: Jayden Kong Cheng En
    Tempat Ke-6: Kong Hau Yi
    Tempat Ke-7: Muhd. Hadiff Ziqry Julazzmie
    Tempat Ke-8: Nicodemus Chai. Haw Xuan
    Tempat Ke-9: Anis Daniella Jupineh
    Tempat Ke-10: Dider Nider Samson

    5. Kategori 9 Tahun Ke Bawah

    Johan: ACM Muhd. Hafiz Suffian
    Naib Johan: Muhd. Haziq Suffian
    Tempat Ke-3: Muhd. Rayyan Mazrin

    6. Kategori Terbaik DBKK

    Johan: Erik Lampangau
    Naib Johan: Boniventure Laju Maligkam

    7.Kategori Terbaik Veteran: Abdolrashid R. Paodak

    8.Kategori Terbaik Wanita: Katherine Samantha Likoh

    Tahniah kepada semua pemenang!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #SambutanUTB25JubliPerak
    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK