Berita: PREMIS SHORT TERM RENTAL ACCOMODATION (STRA) ATAU AIR BnB SEKITAR BANDARAYA KOTA KINABALU DIARAH AGAR MEMOHON LESEN OPERASI
06 MEI 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah menjalankan operasi khas bagi mengesan dan menyampaikan notis peringatan kepada operator-operator Short Term Rental Accomodation (STRA) di sekitar bandar raya, pada 16 hingga 30 April 2025.
Pelaksanaan operasi ini bertujuan untuk memberi peringatan kepada operator-operator STRA agar mengisytihar dan memperolehi lesen operasi perniagaan mereka berasaskan Undang-undang Kecil (UUK) Bandaraya Kota Kinabalu (Hotel dan Rumah Lojing), 1966.
Sepanjang tempoh ini, DBKK telah memeriksa sejumlah 319 premis hotel dan rumah lojing yang terdapat di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu. Daripada jumlah ini, sebanyak 207 notis telah dikemukakan kepada pihak operator di beberapa lokasi bangunan komersil sekitar pusat bandar raya, melalui pelbagai kaedah termasuk melalui surat, panggilan telefon dan bersemuka.
DBKK akan meneruskan usaha bagi memeriksa dan mengesan premis-premis STRA di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu yang beroperasi tanpa lesen yang sah. Kegagalan operator untuk mendapatkan lesen operasi yang sah boleh menyebabkan mereka dikenakan tindakan di bawah undang-undang tersebut.
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



