Berita: PROGRAM KK KOMUNITI SEJAHTERA ‘LEAVE NO ONE BEHIND: TOWARDS SUSTAINABLE MARKET’ SIRI 3/2025
19 JUN 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat telah menganjurkan Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 3/2025 dengan jayanya, bertempat di KK Sentral, pada 14 Jun 2025.
Berlangsung mulai pukul 8 pagi hingga 5 petang, pelbagai intisari menarik bertemakan “Alam Sekitar” telah diadakan dengan penyertaan daripada para pengunjung yang hadir bersama seluruh keluarga.
Tirai acara dibuka dengan program KK Love Bike: Free Ride Tour & KK Harmony Ride dengan melibatkan seramai 30 peserta daripada Institut Pendidikan Guru (IPG) Kampus Kent, Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) dan Sabah Tourist Guide Association (STGA).
Rombongan ini telah berbasikal ke tiga (3) pusat ibadah sekitar Bandaraya Kota Kinabalu, antaranya ialah Gurdwara Sahib Sikh Temple, Masjid Negeri Sabah dan Sacred Heart Cathedral. Di setiap ‘pit stop’ ini, para peserta telah mendengar taklimat ringkas berkaitan setiap pusat ibadah tersebut dan turut berpeluang untuk melawat sekitarnya.
Program kemudian diteruskan dengan pelbagai aktiviti-aktiviti santai seperti memanah, pameran dan sesi taklimat daripada jabatan-jabatan DBKK seperti Jabatan Penyelidikan, Inovasi dan Hal Ehwal Antarabangsa; Jabatan Landskap; Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal dan DBKK Holdings Sdn. Bhd. serta pameran seni di bawah seliaan Balai Seni Lukis Sabah yang turut menampilkan artis-artis tempatan yang berbakat dalam menghasilkan lukisan potret, karikatur dan lain-lain.
Turut berlangsung Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pertandingan Gubahan Bunga dan Pertandingan Mini Treasure Hunt. Berikut adalah senarai penuh pemenang bagi setiap pertandingan:
PERTANDINGAN MINI TREASURE HUNT
Johan: IPG Kent
Naib Johan: Kolej Teknologi Yayasan Sabah
Ketiga: Kolej Teknologi Yayasan Sabah
Saguhati: IPG KentPERTANDINGAN MELUKIS & MEWARNA
Kategori Sekolah Rendah (7-12 tahun)
Johan: Jayden Chin Jin Kai
Naib Johan: Awang Azfar Bin A. Azhar
Ketiga: Ariana Aurey Raimy
Saguhati: Dayang Nurasyifa Binti A. Azhar
Kategori Sekolah Rendah (13-17 tahun)Johan: Yeont Tian Xin
Naib Johan: Hisyam ChangPERTANDINGAN GUBAHAN BUNGA (TERBUKA INDIVIDU)
Johan: Bonie binti Yusop
Naib Johan: Resmah Jedah
Ketiga: Nurjannah Abd Razak
Saguhati: NuraisaPenganjuran Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ merupakan sebuah inisiatif yang bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kualiti hidup warga bandar raya melalui pelaksanaan pelbagai program-program pelancongan dengan melibatkan komuniti.
Program ini turut mempromosikan Pusat Kraftangan: KK Sentral Market yang merupakan antara lokasi yang menawarkan pelbagai jenis kraftangan tempatan, dengan keunikan budaya dan kaum yang terdapat di Negeri Sabah.
Terdahulu, Program KK Komuniti Sejahtera ‘Leave No One Behind: Towards Sustainable Market’ Siri 1/2025 dan Siri 2/2025 telah berlangsung pada 19 April dan 10 Mei lalu. Seiring usaha untuk memastikan objektif program dicapai dengan jayanya, penganjuran program ini akan diteruskan pada minggu kedua setiap bulan dengan tema yang berbeza.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



