Skip to main content

Berita: YB DATUK ARMIZAN BIN MOHD ALI, TINJAU OPERASI PERNIAGAAN MENERUSI SESI WALKABOUT DI PASAR MALAM GAYA STREET

  • -

    16 MAC 2026 – Pada 14 Mac 2026, YB Datuk Armizan bin Mohd Ali, Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) telah mengadakan sesi walkabout di Pasar Malam Gaya Street, Kota Kinabalu bagi meninjau sendiri keadaan operasi perniagaan serta suasana aktiviti perdagangan di lokasi tumpuan orang ramai.

    Turut hadir dalam sesi tersebut ialah Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin, Timbalan Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan merangkap Ahli Parlimen P172 Kota Kinabalu, Dato’ Seri Mohd Sayuthi bin Bakar, Ketua Setiausaha KPDN, Datuk Azman Adam, Pengarah Penguatkuasaan / Director General (Enforcement) KPDN, Datuk Haji Iskandar bin Ismail, Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Persaingan Malaysia (MyCC), dan Shahril Nizam bin Shahidin, Pengarah KPDN Negeri Sabah. Kehadiran mereka mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan kelancaran aktiviti perdagangan serta kesejahteraan komuniti peniaga dan pengguna di bandar raya ini.

    Sesi walkabout ini turut memberi peluang kepada pihak kementerian dan agensi berkaitan untuk berinteraksi secara langsung bersama para peniaga serta pengunjung, sekaligus meninjau suasana aktiviti perniagaan di kawasan tersebut.

    Inisiatif ini juga mencerminkan komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan ekosistem perdagangan yang kondusif, di samping menyokong kesejahteraan komuniti peniaga dan masyarakat khususnya di bandar raya Kota Kinabalu.

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Unit Penerangan, Pejabat Mayor DBKK
    Bella Berhaman
    Pegawai Penerangan

    Mohd. Asruddey Rusli
    Jurugambar