Skip to main content

Berita: Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data Gis Dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu, Siri 2: Infrastruktur Dan Utiliti

  • Telah berlangsung Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu, Siri 2: Infrastruktur dan Utiliti yang diadakan di Dewan Makan, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), pada 06 Jun 2024 (Khamis) lalu.

    Ini merupakan Siri 2 daripada tujuh siri bengkel yang telah diadakan pada tahun 2024, bertujuan untuk mengumpul data-data teknikal dan nasihat daripada agensi Persekutuan, Negeri, Ahli Lembaga Penasihat DBKK dan Non Governmental Organisations (NGO) yang berkaitan bagi memantapkan kajian semula Pelan Tempatan Kota Kinabalu.

    Bengkel telah dimulakan dengan ucapan mukadimah daripada En. Abdul Manaf Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pembangunan) sebelum diteruskan dengan sesi pembentangan oleh Agensi Teknikal mengenai Data dan Isu. Antara agensi yang terlibat dalam pembentangan adalah Jabatan Air Negeri Sabah, Sabah Electricity Sdn. Bhd., Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah, Jabatan Perkhidmatan Pembetungan Sabah,

    Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia Wilayah Sabah dan Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal, DBKK.

    Pada sebelah petang, acara diteruskan dengan sesi Perbincangan Kajian Semula Polisi dan Dasar Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2030.

    Terdahulu, Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu, Siri 1: Jalan dan Pengangkutan, yang diadakan pada 21 Mei 2024, telah dirasmikan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu.