Acara: INTERNATIONAL SABAH OPEN DART TOURNAMENT
PEMINAT SUKAN DART DIPELAWA UNTUK SERTAI INTERNATIONAL SABAH OPEN DART TOURNAMENT PADA 25 HINGGA 27 APRIL INI
Peminat sukan dart tempatan dan antarabangsa dipelawa untuk menyertai International Sabah Open Dart Tournament yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, pada 25 hingga 27 April 2025.
Kejohanan anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini akan berlangsung selama tiga (3) hari, bertempat di Dewan Masyarakat Kota Kinabalu.
Objektif utama penganjuran kejohanan ini adalah sebagai platform kepada peminat sukan dart untuk bertanding dalam kejohanan yang berprestij, sekali gus menggiatkan pelancongan di Bandaraya Kota Kinabalu melalui penganjuran pertandingan sukan.
International Sabah Open Dart Tournament ini terbahagi kepada dua kategori utama, iaitu Kategori Perseorangan dan Kategori Berpasukan. Jangan lepaskan peluang ini, pelbagai hadiah menarik berbentuk wang tunai dan medal menanti para pemenang!
Sila imbas Kod QR yang tertera atau layari pautan https://docs.google.com/.../1FAIpQLSerwZN8OzkyO9.../viewform untuk membuat pendaftaran penyertaan. Pendaftaran akan ditutup tepat pukul 10 malam pada 14 April 2025, manakala Sesi Cabutan akan diadakan pada 22 April 2025.
Sekiranya anda berminat atau mempunyai sebarang pertanyaan berkaitan kejohanan ini, urus setia penganjur boleh dihubungi melalui talian 012-8441664 (Colin) atau 016-8026288 (Jerry).
Ayuh, daftar sekarang!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari



