Acara: PAMERAN KENDERAAN VOLKSWAGEN KLASIK KEMBALI MERIAHKAN SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25 BANDARAYA KOTA KINABALU
Ayuh warga Bandaraya Kota Kinabalu dan peminat-peminat kenderaan Volkswagen klasik, jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik yang akan memeriahkan kawasan parkir Bangunan DBKK pada 09 Februari 2025 ini, bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang!
Pameran yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu ini bakal menyaksikan penampilan dan keunikan pelbagai jenis kenderaan Volkswagen klasik dan Vespa, dengan penyertaan peserta dari pelbagai daerah negeri Sabah seperti Kota Kinabalu, Ranau, Sandakan dan Tawau, Wilayah Persekutuan Labuan, Sarawak dan Brunei Darussalam.
Selain pengisian pameran, para peserta kenderaan Volkswagen klasik turut akan bertanding dalam pelbagai kategori yang dipertandingkan antaranya Best VW Mayor’s Choice, Best VW Beetle - Classic, Best VW Beetle - Restored, Best VW Beetle - Modified, Best VW Van (Kombi Transporter), Outstanding Interior - Restored, Best Paint Work, Best VW Non Beetle, Best Engine - Original, Best Engine - Modified dan Best Sticker (Vinyl 60%).
Peserta pameran Vespa turut akan bertanding dalam lima (5) kategori iaitu Best Vespa Mayor’s Choice, Best Vespa - Outstanding, Best Vespa - Slow Moving, Best Vespa - Retro dan Best Vespa - Rusty.
Ayuh warga Bandaraya Kota Kinabalu! Datang beramai-ramai bersama-sama rakan dan seisi keluarga ke Pameran Kenderaan Volkswagen Klasik di kawasan parkir Bangunan DBKK pada 09 Februari 2025 (Ahad), bermula pukul 7.30 pagi hingga 4.00 petang.
Kepada pemilik kenderaan Volkswagen klasik dan Vespa yang berminat untuk menyertai acara ini, bolehlah menghubungi urus setia penganjur melalui talian 016-8180991 (Jerome Kissi) atau 019-5375924 (Aderen Yagang). Penyertaan adalah PERCUMA!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA DBKK



