Berita: Pensijilan ISO211011: Bengkel Dokumentasi (Maklumat Didokumentasikan & Sokongan)
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menganjurkan Bengkel Dokumentasi (Maklumat Didokumentasikan & Sokongan) pada 04 Jun 2024 lalu, bertujuan untuk persediaan pensijilan ISO 211011. Bengkel selama satu (1) hari ini telah menyaksikan penyertaan seramai 20 orang peserta yang terdiri daripada kakitangan DBKK, Komuniti Homestay Desa Cinta Kobuni, Homestay Id Pogimpaan, Homestay Id Kalangadan dan Homestay Darau Wetland. Tahniah diucapkan kepada semua peserta.



