Berita: PERMOHONAN MENJAJA DI BAZAR RAMADAN BAWAH SELIAAN DBKK PADA 18 & 19 FEBRUARI 2025
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan membuka permohonan menjaja di bazar Ramadan bawah seliaan DBKK secara dalam talian, iaitu menerusi pautan Borang E-Bazar, pada 18 Februari 2025 hingga 19 Februari 2025.
Pautan Borang E-Bazar akan dikongsikan menerusi Facebook Rasmi DBKK, pada 18 Februari 2025 bermula pukul 10 pagi.
Tapak lot adalah terhad dan berdasarkan "First Come, First Serve Basis". Tapak lot bazar Ramadan di bawah seliaan DBKK ialah Lintasan Deasoka, Indah Permai, Sembulan, Tanjung Aru dan Padang Merdeka Kota Kinabalu.
Bagi memudahkan proses pengisian Borang E-Bazar tersebut, pemohon hendaklah menyediakan dokumen yang diperlukan seperti berikut:
1. Salinan Sijil Kad Kesihatan yang masih sah.
2. Salinan Sijil Kursus Pengendalian Makanan.
3. Salinan Kad Pengenalan yang telah disahkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)
4. Satu (1) gambar produk-produk jualan (berwarna dan dalam bentuk digital 'soft copy').
Kegagalan untuk memuat naik dokumen-dokumen yang telah dinyatakan tersebut akan menyebabkan permohonan ditolak. Untuk pertanyaan lanjut, Bahagian Pengurusan Penjaja boleh dihubungi melalui talian 011-25198664, pada waktu pejabat, iaitu pukul 8.00 pagi hingga pukul 5.00 petang.
Sumber Info: Jabatan Pelesenan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



