Berita: MALAM GEMA SASTERA (MAGESAS) BANDAR RAYA KOTA KINABALU SIRI 1/2025, MARTABATKAN BAHASA MELAYU MELALUI SASTERA
20 FEBRUARI 2025: Sinergi erat di antara Dewan Bahasan dan Pustaka (DBP) Cawangan Sabah, Badan Bahasa dan Sastera Sabah (BAHASA) dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah menjayakan penganjuran Malam Gema Sastera (MAGESAS) Bandar Raya Kota Kinabalu Siri 1/2025, pada 15 Februari 2025.
Majlis yang diadakan bersempena dengan Festival Sastera dan Puisi Esei Antarabangsa Ke-4 ini, bertujuan untuk menyemarakkan semangat cinta akan sastera dalam kalangan masyarakat di negeri Sabah.
Hadir menyempurnakan Majlis Perasmian adalah YB Datuk Dr. Haji Mohd. Ariffin bin Datuk Haji Mohd. Arif, JP, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah.
Turut hadir menyatakan sokongan terhadap majlis ini ialah Dr. Hazami Jahari, Ketua Pengarah DBP; Datuk Jasni Matlani, Ahli Lembaga Pengelola DBO merangkap Presiden BAHASA; Dr. Benedick Oliver Lidadun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK; Datuk Zainal Abidin Borhan, Presiden Gabungan Persatuan Penulis Nasional Malaysia (GAPENA); Prof. Madya Dr. Zairul Mohd. Dawam, Dekan Akademi Sains dan Teknologi Kreatif (ASTIF) Universiti Malaysia Sabah; Tuan Ts. Cyrill Simon, Timbalan Pengarah Jabatan Penyiaran Sabah dan Puan Jennitah Noordin, Pengarah DBP Cawangan Sabah.
Majlis yang menghimpunkan para sasterawan, penulis, pemuisi dan orang awam ini telah diserikan dengan bacaan puisi daripada para tetamu kehormat, wakil-wakil persatuan penulis dan delegasi yang datang dari Indonesia dan Brunei Darussalam.
Semoga usaha sama ini dapat diteruskan dalam memartabatkan sastera tanah air yang menjadi tunjang perpaduan dalam pembangunan peradaban masyarakat!
Sumber Info dan Foto: Dewan Bahasa dan Pustaka
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



