Berita: MAJLIS PENYERAHAN PROJEK SIAP PROGRAM PERUMAHAN RAKYAT (PPR) KIONSOM, (BLOK A, B, C DAN D)
Majlis Penyerahan Sijil Layak Menduduki (OC) bagi empat blok PPR Kionsom (Blok A, B, C dan D) telah berlangsung pada 5 Mei 2025.
Penyerahan telah disempurnakan oleh Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu kepada Ar. Ezzanuddin Lood bin Mustafa, Timbalan Ketua Setiausaha (J) I, Bahagian Pelaksanaan dan Perkhidmatan Kejuruteraan (BPJ), Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT).
Penyerahan projek siap oleh pihak KPKT kepada DBKK turut diadakan dalam majlis yang sama.
Sebanyak 313 unit kediaman kini sedia didiami, khusus untuk golongan B40 dan M40, manakala enam blok selebihnya dijangka siap menjelang akhir Julai atau awal Ogos 2025.
Penyewa dipilih melalui sistem dalam talian KPKT dan disaring semula oleh DBKK bagi memastikan hanya mereka yang benar-benar layak diberikan keutamaan.
Dato’ Sri Mayor dalam ucapannya menegaskan bahawa DBKK akan melaksanakan pengurusan yang tegas dan tersusun merangkumi aspek penyelenggaraan, kebersihan, keselamatan serta kutipan sewa.
Penyewa juga diseru agar bertanggungjawab memelihara unit masing-masing, mematuhi peraturan dan membayar sewa tepat pada waktunya demi kesejahteraan bersama.
Beliau turut menyatakan harapan agar permohonan DBKK kepada KPKT bagi pembinaan bangunan tempat letak kereta bertingkat dapat dipertimbangkan demi menambah baik kemudahan sedia ada.
Setinggi-tinggi penghargaan dirakamkan kepada KPKT serta semua pihak yang terlibat dalam merealisasikan projek PPR Kionsom ini demi manfaat dan kesejahteraan rakyat.
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariLiputan: Bella Berhaman
Sumber Foto: Mohd. Asruddey Rusli



