Skip to main content

Berita: UPACARA MEMPERINGATI ‘DOUBLE SIX’: PERISTIWA 06 JUN 1976 DALAM INGATAN

  • -
    Tugu Peringatan Double Six, Sembulan

    09 JUN 2025: Upacara Memperingati ‘Double Six’ yang diadakan bagi mengenang peristiwa 06 Jun 1976 telah berlangsung di Tugu Peringatan Double Six, Sembulan, pada 06 Jun 2025, genap 49 tahun sejak tragedi itu berlaku.

    Tirai majlis dimulakan dengan nyanyian lagu “Negaraku” dan “Sabah Tanah Airku” dengan diiringi oleh Pancaragam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Kontinjen Sabah, sebelum diteruskan dengan sesi bertafakur selama seminit bagi mengenang mangsa-mangsa yang terkorban dalam tragedi tersebut.

    Majlis kemudian diteruskan dengan Upacara Meletakkan Karangan Bunga yang didahului oleh YB Datuk Ellron Alfred Angin, Menteri Belia dan Sukan Negeri Sabah mewakili YAB Datuk Seri Panglima Haji Hajiji bin Haji Noor, Ketua Menteri Sabah, diikuti oleh YBhg. Puan Faridah Stephens, wakil keluarga Allahyarham Tun Datuk Haji Mohd. Fuad Stephens; YBhg. Datuk Gordon Leong Vui Cheung, wakil keluarga Allahyarham Datuk Salleh Sulong; YBhg. Datuk Donald Peter Mojuntin, wakil keluarga Mendiang Datuk Peter Mojuntin; YBhg. Puan Ho Nyuk Ha, wakil keluarga Mendiang Datuk Chong Thain Vun; YBhg. Datin Jikilin Darius Binion, wakil keluarga Mendiang Datuk Darius Binion; Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu, DBKK mewakili Mayor Bandaraya Kota Kinabalu; YDH Superintendan Soliment Nyian, Timbalan Jabatan Keselamatan dalam Negeri dan Ketenteraman Awam, PDRM mewakili Pesuruhjaya Polis Kontinjen Sabah serta Encik Gerry D’Cruz, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Sutera Harbour mewakili Ketua Pegawai Eksekutif, Sutera Harbour.

    Turut hadir dalam majlis ini ialah YB Datuk Ts. Mustapha Sakmud, Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi merangkap Ahli Parlimen P171 Sepanggar; YB Datuk Phoong Jin Zhe, Menteri Pembangunan Perindustrian Sabah; YB Datuk Richard Yong We Kong, Timbalan Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah; YB Datuk Peto Galim, Pembantu Menteri Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan (ADUN) N18 Inanam; YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap ADUN N19 Likas; YB Jannie Lasimbang, Ahli Dewan Undangan Negeri N25 Kapayan dan YBhg. Datuk Leonard Stephen Poyong, Setiausaha Tetap Kementerian Pertanian, Perikanan dan Industri Makanan Negeri Sabah.

    Sebelum majlis diakhiri, para hadirin telah mengadakan lawatan ke Galeri Double Six. Turut berlangsung sesi penyerahan hadiah kepada para pemenang Pertandingan Menulis Puisi Tragedi Double Six yang diadakan buat julung kalinya.

    Johan Pertandingan Menulis Puisi Tragedi Double Six dimenangi oleh Puan Duliam Suari (Tugu Lagenda Khazanah Bangsa), diikuti oleh Puan Haliza Matali (Double Six Nyala Bersejarah) dan Dr. Roosfa Hashim (Bergentayangan). Masing-masing membawa pulang hadiah berupa wang tunai bernilai RM1,000, RM800 dan RM700.

    Jasa dan bakti wira-wira Negeri Sabah akan terus tersemat dalam ingatan rakyat di negeri ini!

    Liputan: Eleanor Michelle Patrick
    Foto: Renaldo Fernandez

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Bahagian Media dan Komunikasi
    JPPA, DBKK