Berita: DBKK TERIMA KUNJUNGAN HORMAT PERSATUAN PENGUSAHA KECIL DAN SEDERHANA SABAH
06 JUN 2025: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) berbesar hati menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Pengusaha Kecil dan Sederhana (SME) Sabah, bertempat di Dewan Mesyuarat, Tingkat 1, Bangunan DBKK, pada 05 Jun 2025.
Ketibaan rombongan yang diketuai oleh Dr. Deledda Tan H.S., Presiden SME Sabah ini telah disambut mesra oleh Sr. Lifred Wong, Ketua Pengarah, DBKK.
Rombongan yang terdiri daripada enam (6) orang ini turut disertai oleh Encik Mak Koon Ngam, Naib Presiden SME Sabah; Puan Fenny Yap, Setiausaha Kehormat SME Sabah serta ahli-ahli SME Sabah iaitu Encik Weiss Ang, Puan Cathy Molly dan Encik Francis Chan.
Tujuan utama kunjungan hormat ini adalah untuk menguar-uarkan berkaitan program anjuran SME Sabah, iaitu SME Sabah Conference 2025 yang akan berlangsung di Hilton Hotel Kota Kinabalu, pada 20 Jun 2025. Program ini menyasarkan penyertaan seramai 400 peserta yang terdiri daripada pemilik perniagaan, C-Suite, usahawan dan penjawat awam dengan menampilkan barisan penceramah dan ahli-ahli panel terkemuka.
Hadir sama dalam kunjungan ini ialah Dr. Benedick Oliver Lidadun, Pengarah Jabatan Hal Ehwal Korporat, DBKK; Puan Hajah Jainab Saidi, Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK; Encik Adi Herman bin Karim, Pegawai Tadbir, Jabatan Pelesenan, DBKK.
Terima kasih SME Sabah atas kesudian mengadakan kunjungan hormat kepada DBKK. Semoga jalinan kerjasama akan terus diperkukuh di masa akan datang!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



