Skip to main content

Acara: HARI TERBUKA NURSERI DBKK

-

Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Hari Terbuka Nurseri Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) yang diadakan bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, pada 23 dan 24 Mei 2025.

Acara yang diadakan buat julung kalinya ini bertujuan untuk mempromosikan Nurseri DBKK, yang mungkin masih ramai belum tahu terletak di Batu 4.5 Jalan Pasir Likas, selain mencipta ruang interaksi di antara masyarakat dan kakitangan DBKK berkaitan landskap dan amalan hortikultur.

Hari Terbuka Nurseri DBKK akan diadakan selama dua (2) hari, bermula 8 pagi hingga 9 malam, dan adalah terbuka secara percuma kepada orang awam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda, antaranya ialah Pameran Landskap dan Hortikultur, Ceramah Landskap, Pertandingan Gubahan Bunga dan Pertandingan Hiasan Landskap.

Selain itu, turut berlangsung jualan dan lelongan bibit bunga hiasan, jualan perabot landskap dan peralatan pertanian serta jualan hasil pertukangan kayu yang dihasilkan sendiri oleh kakitangan Jabatan Landskap, DBKK. Dianggarkan terdapat lebih 50 spesis tanaman hiasan berbunga akan dijual pada harga yang istimewa pada Hari Terbuka Nurseri DBKK.

Pengunjung yang hadir turut berpeluang untuk merasai sendiri pengalaman menanam tanaman hiasan di dalam pasu, selain mempelajari teknik penanaman hidroponik melalui sesi demonstrasi.

Dalam usaha untuk menyokong saranan kerajaan dalam program memantapkan ekonomi, Hari Terbuka Nurseri DBKK ini turut mempromosikan aktiviti Komuniti Kebun Bandar, di mana pengunjung akan berpeluang untuk melihat secara langsung kaedah pertanian bandar secara hidroponik, membeli sayur-sayuran segar dan melihat pameran informasi.

Ayuh, sama-sama kita meriahkan Hari Terbuka Nurseri DBKK yang akan berlangsung tidak lama lagi!

Sumber Info dan Foto: Jabatan Landskap, DBKK

#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari

HARI TERBUKA NURSERI DBKK
Attachment Size
01HariTerbukaNurseri_0.jpg 657.01 KB
GUBAHAN BUNGA KLASIK
Attachment Size
02HariTerbukaNurseri.jpg 171.49 KB
PERTANDINGAN HIASAN LANSKAP
Attachment Size
03HariTerbukaNurseri.jpg 191.59 KB
JUALAN DAN LELONGAN BUNGA HIASAN
Attachment Size
04HariTerbukaNurseri.jpg 882.43 KB
CERAMAH LANSKAP DAN DEMONSTRASI
Attachment Size
05HariTerbukaNurseri.jpg 496.65 KB