Skip to main content

Berita: LAWATAN KERJA JAWATANKUASA LATIHAN DBKK KE INSTITUT LATIHAN DEWAN BANDARAYA KUALA LUMPUR (IDB)

  • -

    30 APRIL 2026: Jawatankuasa Latihan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bersama Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya (APPB) telah mengadakan lawatan kerja rasmi ke Institut Latihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (IDB), pada 23 April 2026.

    Delegasi DBKK yang diketuai oleh YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), telah disambut oleh Tuan Khairul Azmir bin Ahmad, Pengetua IDB bersama barisan Ketua Bidang Latihan institut berkenaan.

    Lawatan ini bertujuan untuk memperkukuh pemahaman serta memberi pendedahan kepada penyelaras modul latihan DBKK berkaitan pembangunan program latihan yang selaras dengan fungsi dan keperluan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

    Delegasi DBKK berpeluang untuk meneliti pendekatan IDB dalam merangka modul latihan yang sistematik dan berimpak tinggi menerusi sesi taklimat yang disampaikan oleh Ketua-ketua Bidang IDB.

    Delegasi turut dibawa untuk meninjau kemudahan, fasiliti pembelajaran dan penggunaan teknologi latihan di IDB yang menyokong pelaksanaan program pembangunan modal insan secara lebih efektif dan inovatif.

    Terima kasih Institut Latihan DBKL (IDB) atas sambutan mesra dan perkongsian pengalaman serta kepakaran dalam pembangunan modul latihan yang komprehensif dan berdaya saing.

    Sumber Info dan Foto: Akademi Pusat Pembelajaran Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK