Acara: KEJOHANAN TENPIN BOLING PIALA MAYOR 2025
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan menganjurkan Kejohanan Tenpin Boling Piala Mayor 2025 bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, pada 21 hingga 23 Februari 2025 ini, bertempat di KK Galaxy Bowl, Centre Point Sabah.
Setiap pasukan yang terdiri daripada empat (4) orang pemain bakal berentap bagi merangkul gelaran juara, sekali gus membawa pulang hadiah utama bernilai RM4,000.
Penyertaan Kejohanan Tenpin Boling Piala Mayor 2025 adalah terbuka kepada semua Agensi Kerajaan, manakala Agensi Swasta dan Persatuan adalah secara jemputan.
Untuk pendaftaran dan maklumat lanjut, urus setia penganjur boleh dihubungi melalui talian 012-5485877 (Mohd. Kamsul Shah) atau 013-5406948 (Dorina Amit).
Bah, jangan tunggu lama-lama, daftar hari ini!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA DBKK



