Acara: FINEST DANCE BATTLE
Bersempena Sambutan Ulang Tahun Ke-25 Jubli Perak Bandaraya Kota Kinabalu, Finest Dance Battle anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dengan kerjasama rakan strategik, IMAGO Shopping Mall dan New Era akan kembali beraksi pada 16 Februari depan, di The Oval, IMAGO Shopping Mall, bermula pukul 10 pagi hingga 9 malam!
Acara pada kali ini bakal menyaksikan para peserta berentap dalam dua (2) kategori yang dipertandingkan, iaitu 1 On 1 Openstyle Battle dan 3 On 3 Openstyle Battle. Hadiah menarik menanti para pemenang!
Temui barisan personaliti tempatan seperti Faruq (Elecoldxhot), Fareedpf, K-Rule, AzimHebat, Ray, DJ Rocatz dan seorang personaliti misteri yang akan turut bertanding.
Bah, orang-orang KK, sama-sama kita meriahkan acara Finest Dance Battle yang akan berlangsung pada 16 Februari depan.
Jumpa anda di sana!
#SambutanUTB25JubliPerak
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestari
Bahagian Media dan Komunikasi
JPPA DBKK



