Jabatan Teknologi Maklumat (JTM) terdiri daripada Bahagian Sistem & Infrastrusktur, dan Bahagian Pentadbiran & Sokongan.
VISI JABATAN
Penggerak transformasi melalui inovasi digital yang cekap, selamat dan mesra rakyat.
MISI JABATAN
- Menyokong organisasi melalui solusi digital yang efisien
- Memenuhi keperluan teknologi untuk melaksanakan proses kerja
- Memangkin pendigitalan sebagai budaya kerja demi kemudahan, kecekapan dan keberkesanan perkhidmatan
OBJEKTIF JABATAN
- Melaksana dan memantau sistem pengurusan maklumat dan aplikasi
- Melaksana program pembangunan ICT
- Melaksana dan memantau pekhidmatan rangkaian dan internet
- Menyedia khidmat sokongan ICT
- Melaksana dan memantau pelan strategik dalam aspek perkhidmatan ICT
FUNGSI UTAMA JABATAN
- Merancang, menyelaras, mengawal selia pembangunan serta perkomputeran ICT jabatan
- Menyedia dan menyelia kemudahan infrastruktur rangkaian
- Mengurus dan mentadbir server
- Menyedia kelengkapan ICT untuk jabatan
- Sokongan teknikal ICT
PIAGAM PELANGGAN
- Mengambil tindakan ke atas aduan ICT - Tidak melebihi 1 jam selepas aduan diterima
- Memberi maklum balas perkhidmatan helpdesk Sistem - Tidak melebihi 3 hari bekerja
- Memberi maklum balas ke atas permohonan perkakasan dan perisian komputer - Tidak melebihi 5 hari bekerja
Dengan syarat semua maklumat yang diterima daripada sumber adalah lengkap dan jelas serta menenuhi keperluan pemprosesan.
FUNGSI BAHAGIAN-BAHAGIAN
Bahagian Sistem dan Infrastruktur
- Pengurusan Pembangunan dan Pengimplementasian Sistem Aplikasi Digital
- Pengurusan Infrastruktur ICT
- Pentadbiran Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur ICT
- Pengurusan Keselamatan dan Pematuhan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur
- Pengurusan Modifikasi dan Penambahbaikan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur ICT
- Pengurusan Data dan Maklumat.
- Pentadbiran dan Pelaksanaan Sistem Aplikasi Digital Kerajaan Negeri Sabah dan Kerajaan Persekutuan
- Pengurusan Bilik Server dan Pelayan (Fizikal/Maya)
- Pengurusan Kontrak Penyelenggaraan bagi Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur
- Pengendalian Rangkaian (AP, VPN, Intranet/Internet & Penyelenggaraan CCTV)
- Pengurusan Sistem Sandaran dan Pemulihan
- Perkhidmatan Meja Bantuan Sistem Aplikasi Digital dan Infrastruktur.
Bahagian Pentadbiran dan Sokongan
- Pengurusan Fail dan Rekod
- Pengurusan Kewangan dan Bajet
- Pengurusan dan Pelaksanaan Dokumen Kualiti Jabatan
- Pengurusan Hal Ehwal dan Tatatertib Anggota Jabatan
- Pengurusan Kenderaan
- Pengurusan Permohonan Perkakasan dan Perisian
- Pengurusan Aset ICT (Pembekalan, Penyelenggaraan dan Pelupusan)
- Pengurusan Insurans Aset ICT
- Pengurusan Stor dan Stok Guna Habis/Alat Ganti Komputer
- Pengurusan Lesen Aplikasi dan Sijil Perisian
- Penyediaan Bantuan Teknikal ICT (Helpdesk Support)
- Penyediaan Khidmat Sokongan bagi Program Rasmi
- Penyediaan Khidmat Peminjaman Perkakasan Multimedia



