Skip to main content

Berita: KUNJUNGAN LIONS CLUB OF KOTA KINABALU HOST KE TAMAN BOTANI TUN FUAD STEPHENS SABAH

  • -

    12 MEI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Botani telah menerima kunjungan daripada Lions Club of Kota Kinabalu Host, bertempat di Taman Botani Tun Fuad Stephens Sabah, pada 04 Mei 2026.

    Agenda utama kunjungan ini adalah perbincangan cadangan pelaksanaan Projek Penanaman Pokok bersempena dengan ulang tahun ke-60 penubuhan Lions Club of Kota Kinabalu Host. Menerusi projek ini, sebanyak 60 pokok akan ditanam sebagai simbolik kepada 60 tahun perkhidmatan.

    Usaha ini dilihat akan menyumbang kepada peningkatan landskap hijau, mengurangkan jejak karbon serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan pemuliharaan alam sekitar.

    Jabatan Botani, DBKK amat mengalu-alukan kerjasama seumpama ini yang bukan hanya memberi impak kepada alam sekitar, namun turut membuka ruang kolaborasi strategik di antara agensi dan komuniti.

    Semoga inisiatif ini menjadi satu legasi hijau yang berpanjangan untuk generasi akan datang!

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Botani, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK