Skip to main content

Berita: PROGRAM PELANCONGAN LESTARI 'CITRA KASIH' : COMMUNITY TO COMMUNITY (C2C) PROGRAM & 'ZERO WASTE ISLAND' : 'WASTE TO WEALTH' (W2W) PROGRAM "TEROKAI PULAU SEPANGGAR - DESTINASI PELANCONGAN LESTARI"

  • -

    21 MEI 2026: Penganjuran Program Pelancongan Lestari 'Citra Kasih': Community to Community (C2C) Program & ‘Zero Waste Island’ : ‘Waste to Wealth’ (W2W) Program “Terokai Pulau Sepanggar - Destinasi Pelancongan Lestari” terus diperkasakan seiring usaha memperkukuh pembangunan pelancongan mampan di Bandaraya Kota Kinabalu, pada 09 Mei 2026.

    Program anjuran Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) ini turut mendapat kerjasama padu daripada SwePP Academy dan Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya, DBKK serta Darau Wetland Eco-Tourism (DWET)

    Seramai 100 orang peserta komuniti telah mengambil bahagian dalam program ini yang menampilkan pelbagai pengisian interaktif dan berimpak tinggi. Program ini bukan sahaja memberi pendedahan berkaitan pelancongan lestari, malah turut memperkasa pembangunan sosioekonomi komuniti setempat melalui pendekatan berasaskan pelancongan mampan, inklusif dan berdaya saing.

    Sepanjang program berlangsung, peserta telah terlibat dalam beberapa aktiviti utama seperti pemantauan Kempen Perangi Lipas, Lalat, Tikus dan Nyamuk (LiLaTiN) yang dilaksanakan secara rumah ke rumah bagi meningkatkan kesedaran terhadap aspek kebersihan dan kesihatan persekitaran komuniti; taklimat serta bengkel Citra Kasih: Shell Craft serta Sesi Community to Community (C2C) bersama Kg. Darau Eco-Wetland dan SwePP Academy.

    Program ini menjadi platform penting dalam memupuk kesedaran masyarakat terhadap penjagaan alam sekitar, pengurangan sisa pepejal serta kepentingan penglibatan komuniti dalam memelihara keunikan destinasi pelancongan tempatan.

    Bagi memastikan objektif program dapat dicapai, Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK akan meneruskan program ini dengan penganjuran Bengkel Citra Kasih: Candle Making & Coconut Craft pada bulan Jun depan.

    Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Disediakan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK