Berita: DBKK Terima Lawatan Akademik Daripada UiTM Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar
Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini berbesar hati menerima lawatan akademik daripada Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perak, Kampus Seri Iskandar yang terdiri daripada para pensyarah dan mahasiswa Program Sarjana Muda Pengurusan Hartanah.
Lawatan ini telah dipengerusikan oleh Tuan Abdul Manaf bin Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah (Perancangan dan Pembangunan) DBKK, yang telah menyampaikan kata-kata aluan bagi menyambut kedatangan tetamu. Ucapan balas telah disampaikan oleh Dr. Lizawati binti Abdullah, Kordinator Program Sarjana Muda Pengurusan Hartanah selaku Ketua Rombongan.
Delegasi itu terdiri daripada para pensyarah UiTM Cawangan Perak, Dr. Noryanto Asroun bin Mohamad Asroun, Sr. Mohd. Fadzli bin Mustaffa, Prof. Madya Sr. Dr. Thuraiya binti Mohd, Dr. Junainah binti Mohamad, Sr. Dr. Siti Nadiah binti Mohd. Ali, Prof. Madya Sr. Dr. Nor Aini binti Salleh, Dr. Huraizah binti Arshad dan Cik Syahmimi Ayuni binti Ramli. Mereka turut disertai oleh seramai 30 mahasiswa UiTM Cawangan Perak yang diketuai oleh En. Aqil Haziq bin Anwar Tajuddin, selaku Pengarah Program.
Antara pengisian lawatan akademik ini adalah sesi taklimat “Potensi dan Cabaran Dalam Penyelenggaraan Perkhidmatan Bangunan Harta-harta Di Bawah Seliaan DBKK” yang dibentangkan oleh Puan Jamaliah Haji Basir, Pengarah Jabatan Pengurusan Harta (JPH), DBKK.
Semoga pengalaman dan pengetahuan yang dikongsikan sepanjang lawatan ini dapat memberi manfaat kepada semua yang terlibat.



