Skip to main content

Berita: Mayor Bandaraya Kota Kinabalu Terima Kunjungan Hormat MBRKK

  • YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu telah menerima kunjungan hormat daripada Masjid Bandaraya Kota Kinabalu (MBRKK), pada 18 Jun 2024 (Selasa).

    Kunjungan telah diketuai oleh Pengerusi MBRKK, YBhg. Datuk Haji AB Jamal bin Tun Datuk Seri Panglima (Dr.) Haji Sakaran dan Timbalan Pengerusi, YBhg. Datuk Haji Yahamad bin Haji Budin yang hadir bersama ahli-ahli jawatankuasa MBRKK.

    Selain menyampaikan taklimat berkenaan institusi MBRKK dan aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan, MBRKK turut menyerahkan surat lantikan Mayor Bandaraya Kota Kinabalu sebagai Penasihat MBRKK.

    Turut hadir, Encik Zainuddin Abd. Goyoh, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi, DBKK selaku Setiausaha Badan Dakwah Bandaraya Kota Kinabalu.