Berita: Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Tahun 2024, Bakal Raih Sambutan Di Kota Kinabalu
Mayor Bandaraya Kota Kinabalu, YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, telah menerima kunjungan hormat daripada Persatuan Gusti Lengan Negeri Sabah (SAWA) pada 20 Jun 2024 lalu.
Kunjungan diketuai oleh Encik Carfester J. Mokujin selaku Presiden SAWA yang turut memaklumkan berhubung Kejohanan Gusti Lengan Kebangsaan Tahun 2024 yang bakal diadakan di Bandaraya Kota Kinabalu tidak lama lagi.
Dato’ Sri Mayor yang dijangka akan merasmikan Kejohanan itu turut menyatakan sokongan penuh beliau kepada mana-mana persatuan yang menganjurkan acara, pertandingan mahupun festival yang menarik untuk dikunjungi oleh warga Bandaraya Kota Kinabalu.



