Skip to main content

Berita: OPS BERSIH & PENGEDARAN RISALAH KEMPEN PENGURANGAN PLASTIK SEKALI GUNA DAN POLISTIRENA BERSEMPENA DENGAN KEMPEN PASAR MALAM BERSIH TAHUN 2026

  • -

    20 JULAI 2026: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya telah melaksanakan Ops Bersih & Pengedaran Risalah Kempen Pengurangan Plastik Sekali Guna dan Polistirena bersempena dengan Kempen Pasar Malam Bersih Tahun 2026, di Api-Api Night Food Market, pada 10 Julai 2026.

    Operasi yang diadakan bermula jam 7 malam ini turut melibatkan anggota daripada Jabatan Kesihatan Persekitaran Bandaraya dan Jabatan Pelesenan, DBKK.

    Sepanjang operasi dijalankan, sebanyak lapan kompaun telah dikeluarkan di bawah Undang-undang Kecil (UUK) Anti Sampah Sarap 1984 (Pindaan 2005) terhadap individu yang didapati membuang sampah di kawasan awam.

    Selain itu, sebanyak 150 risalah Kempen Pengurangan Plastik Sekali Guna dan Polistirena telah diedarkan kepada para penjaja di Api-Api Night Food Market. Penerangan turut diberikan mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan polistirena, termasuk mencadangankan penggunaan alternatif yang lebih mesra alam seperti plastik biodegradasi dan straw mesra alam.

    Pelaksanaan operasi ini diharap dapat meningkatkan kesedaran dalam kalangan penjaja mengenai kepentingan mengurangkan penggunaan plastik sekali guna dan polistirena. Dalam masa yang sama, aktiviti pemantauan dan penguatkuasaan akan terus dipergiat bagi memastikan pematuhan dalam penjaja sentiasa berada pada tahap yang baik.

    Sumber Info: Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK

    Foto: Renaldo Fernandez dan Jabatan Perkhidmatan Pembersihan Bandaraya, DBKK

    #BandarayaKotaKinabalu
    #BandarayaPintarDanLestari

    Dikeluarkan oleh:
    Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
    Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK