Berita: TAWARAN PENGURANGAN 50% BAGI TUNGGAKAN KOMPAUN DBKK!

Anda tunggakan kompaun tempat letak kereta? Inilah masa untuk selesaikannya!
Sempena Sambutan Hari Sabah dan Hari Kebangsaan 2026, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) menawarkan pengurangan 50% bagi tunggakan kompaun kesalahan di bawah Undang-Undang Kecil berkaitan tempat letak kereta dan jalan-jalan serta tempat awam.
31 Ogos – 16 September 2026
PENGURANGAN 50%
Bayaran boleh dibuat melalui:- Aplikasi Sabah Smart Parking
- Kiosk / Pondok Tempat Letak Kereta DBKK Holdings
- Kaunter DBKK Holdings di KK Plaza, Bangunan Ibu Pejabat DBKK & Centre Point Sabah
- Kaunter DBKK UTC
- Kaunter DBKK di Dewan Damai
Pengecualian: Tawaran ini tidak terpakai bagi kes yang sedang dalam perbicaraan di Mahkamah.
Jangan tunggu sampai saat akhir. Jom bayar kompaun, manfaatkan pengurangan 50% dan selesaikan tunggakan anda!
- DBKK Holdings: 088-270 181 / 182 | 012-7690181
- Jabatan Penguatkuasa DBKK: 088-521800
#SabahSmartParking #DBKK#KotaKinabalu #PenguranganKompaun #KompaunDBKK#HariSabah#HariKebangsaan #Sabah2026#MalaysiaMadani #JomBayarKompaun
Sumber: Sabah Smart Parking



