Berita: MAJLIS PENYAMPAIAN WATIKAH PELANTIKAN JAWATANKUASA KEMAJUAN DAN KESELAMATAN KAMPUNG (JKKK) KAWASAN PENTADBIRAN DEWAN BANDARAYA KOTA KINABALU
20 OKTOBER 2026: Dalam usaha meningkatkan kerjasama di antara Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dengan agensi kerajaan dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK), Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan JKKK Kawasan Pentadbiran DBKK telah diadakan di Wisma Wanita, pada 29 September 2026.
Majlis penyampaian telah dirasmikan oleh YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu. Dalam ucapannya, Dato’ Sri Mayor berkata, sebagai JKKK, mereka merupakan mata, telinga dan jambatan penghubung utama di antara pihak DBKK, agensi kerajaan dan juga penduduk kampung.
Tambah beliau, keberkesanan tadbir urus di peringkat akar umbi amat bergantung kepada keaktifan serta komitmen JKKK dalam menyalurkan maklumat, menyuarakan isu-isu prasarana serta menjaga kebajikan dan keselamatan komuniti masing-masing.
Hadir sama dalam majlis ini ialah YBhg. Datuk TPj. Mohd. Fuad Bee bin Basrah, Pengarah Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM), Negeri Sabah; YBrs. Tuan Karim bin Haji Rahim, Timbalan Ketua Pengarah (Pembangunan Luar Bandar dan Penguatkuasaan), DBKK dan YBrs. Puan Norhayati binti Aliju, Setiausaha Rendah mewakili Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Luar Bandar Sabah.
Turut hadir ialah YBrs. ASP Johri bin Rubinsin, Bahagian Pengurusan Ibu Pejabat Daerah Kota Kinabalu mewakili Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu; YBrs. Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Khidmat Pengurusan), DBKK serta YBrs. Lieutenant (PA) Mohammad Badal bin Maddail mewakili Pegawai Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Sabah.
Seramai 100 pengerusi JKKK melibatkan lima kawasan pentadbiran DBKK telah menerima watikah pelantikan dalam majlis ini. Kawasan-kawasan tersebut termasuklah Karambunai, Darau, Inanam, Luyang dan Tanjung Aru.
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariDikeluarkan oleh:
Bahagian Pengurusan Media dan Perhubungan Awam
Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam, DBKK



