Skip to main content

Berita: Tingkatkan Pemantauan, Anggota Jabatan Penguatkuasaan Laksana Rondaan Keselamatan Dan Keteraturan Bandar Raya

  • Tindakan pemantauan dan rondaan keselamatan diteruskan oleh anggota-anggota Jabatan Penguatkuasaan DBKK, khasnya dalam memastikan tahap keteraturan bandar raya berada dalam keadaan terbaik dan memastikan penguatkuasaan Undang-undang Kecil (UUK) DBKK terus dipatuhi.

    Menerusi tindakan ini, operasi penjaja haram yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa kebenaran telah dilaksanakan di sekitar kawasan Anjung Kinabalu (Pasar borong sayur, pasar buah-buahan, pasar ikan masin dan pasar kraftangan), Kompleks Perikanan SAFMA, jeti Taman-taman Sabah, Kampung Air dan Marina Court Resort Condominium.

    Usaha pencegahan aktiviti penjaja haram turut diteruskan di sekitar Dataran Bandaraya dan di lokasi ‘hot spot’ iaitu di hadapan bangunan The Shore Kota Kinabalu dan kawasan tempat letak kereta Pasar Besar Kota Kinabalu, sebelum bersepadu tindakan bersama Unit Penjaja, Jabatan Pelesenan DBKK menerusi Ops Degil. Satu (1) kompaun di bawah Undang-undang Kecil (Anti Sampah Sarap) 1984 telah dikeluarkan dalam Ops Degil ini.

    Semasa penganjuran pasar malam Api-Api Night Food Market di Jalan Gaya pula, pasukan Jabatan Penguatkuasaan DBKK turut mengaktifkan tugas khas meronda dan memantau tahap pematuhan Undang-undang Kecil (UUK) DBKK dan memastikan persekitaran pasar malam kekal berada dalam keadaan yang bersih, selamat dan teratur.