Berita: Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data GIS Dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu, Siri 7: Sektor Pelancongan, Alam Sekitar Dan Kawasan Lapang
Bengkel Projek Peningkatan Pembangunan Pangkalan Data Sistem Maklumat Geografi (GIS) dan Kajian Semula 15 Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu (KKLP) anjuran Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kini memasuki siri terakhir, dengan pelaksanaan Siri 7: Sektor Pelancongan, Alam Sekitar dan Kawasan Lapang, hari ini.
Bengkel yang diadakan di Sabah International Convention Centre (SICC) ini diisi dengan sesi pembentangan daripada Agensi Teknikal mengenai Data dan Isu. Antara agensi yang terlibat adalah Kementerian Kerajaan Tempatan dan Perumahan (KKTP), DBKK, Jabatan Muzium Sabah dan Sabah Tourism Board. Para peserta bengkel turut mengambil bahagian dalam perbincangan Kajian Semula Polisi dan Dasar Draf Pelan Tempatan Kota Kinabalu 2030.
Tujuan utama penganjuran bengkel adalah untuk mengumpulkan data-data teknikal dan nasihat daripada agensi Persekutuan, Negeri, Ahli Lembaga Penasihat DBKK dan Non Governmental Organisations (NGO) yang berkaitan bagi memantapkan kajian semula KKLP.
Tahniah diucapkan kepada semua peserta yang telah memberikan komitmen dan sumbangan idea ke arah mencapai impak Bengkel yang produktif.



