Skip to main content

Berita: Lawatan Kerja Kumpulan Inovasi Prima, Jabatan Penilaian MBJB Ke DBKK

  • Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) hari ini telah menerima lawatan kerja daripada Kumpulan Inovasi Prima, Jabatan Penilaian Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) yang diketuai oleh Puan Mahfuzah binti Md. Muslim, Ketua Penolong Pengarah Penilaian, Jabatan Penilaian MBJB.

    Lawatan kerja telah dipengerusikan oleh Puan Nazirah binti Haji Uda, Pengarah Jabatan Kewangan dan Belanjawan (JKB) DBKK mewakili Ketua Pengarah DBKK. Menerusi lawatan tersebut, satu (1) taklimat berhubung Sistem Penilaian Hartanah Berkomputer Bagi Maksud Cukai Kadaran (GeoVal) telah disampaikan oleh Encik Mohd. Nadzrin bin Ngadmin, Pegawai Penilaian, DBKK mewakili Pengarah Jabatan Penilaian, DBKK.

    Turut hadir, Encik Muhammad Syahir bin A. Hanan, Penolong Pengarah Penilaian, MBJB; Encik Zainuddin bin Abd. Goyoh, Pengarah Jabatan Penyelidikan dan Inovasi (JPI) DBKK; Puan Norsarahana Zaki mewakili Pengarah Jabatan Pengaduan dan Perhubungan Awam (JPPA) DBKK, pegawai-pegawai MBJB dan wakil Earth Info Sdn. Bhd.

    Terima kasih Kumpulan Inovasi Prima, Jabatan Penilaian MBJB. Semoga lawatan ini akan mengeratkan lagi ikatan persahabatan antara MBJB dan DBKK.