Berita: Program Meningkatkan Simpanan Haji Anggota Dan Pengurusan DBKK
Pada 24 Mei 2024 (Jumaat), telah berlangsung Program Meningkatkan Simpanan Haji Anggota dan Pengurusan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) bertempat di Dewan Mesyuarat II, DBKK.
Taklimat Meningkatkan Simpanan Haji Anggota dan Pengurusan DBKK telah disampaikan oleh Tuan Haji Yusdi bin Haji Nasip, Pengarah Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah.
Turut hadir adalah Encik Abdul Manaf bin Rajikan, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Perancangan dan Pembangunan) DBKK; Puan Faradillah binti Haji Abdul Rani, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Khidmat Pengurusan) DBKK; Ketua-ketua Jabatan dan pegawai-pegawai kanan DBKK dan Lembaga Tabung Haji Negeri Sabah.



