Berita: Ke Arah Komuniti 'Eco Green’ Dan 'Zero Waste', DBKK Beri Pendedahan Amalan Lestari

10 JULAI 2024: Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) telah mengadakan lawatan ke Tanjung Aru Marine Ecosystem (TAME) Center bersama pihak komuniti setempat, pada 04 Julai 2024 (Khamis) lalu.
Lawatan ini memandu tujuan untuk memberi pendedahan kepada komuniti setempat akan kaedah penghasilan produk kraftangan atau hiasan dengan menggunakan barangan terpakai. Ia turut berhasrat untuk mendorong komuniti setempat memanfaatkan amalan lestari ke arah komuniti ‘Eco Green’ dan ‘Zero Waste’.
Kumpulan peserta adalah terdiri daripada 26 orang yang turut dihadiri oleh Puan Fauziahton Ag. Samad, Pengarah Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat (JPKM) DBKK; Unit Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) N.18 Inanam, komuniti Homestay Desa Cinta Kobuni, komuniti Homestay Id Pogimpaan dan komuniti Homestay Darau Wetland.
Ucapan penghargaan turut dizahirkan kepada Puan Tressie Yap, Ahli Lembaga Penasihat (ALP) DBKK dan Encik Japson Wong, Ketua Pegawai Eksekutif selaku Pengasas TAME, yang turut menyokong dan menjayakan program lawatan ini.



