Berita: PLASTIC4CHANGE: Kempen Tebus Plastik, Ke Arah Pelancongan Berasaskan Komuniti Lestari Di Kg. Kobuni, Inanam

Setelah beberapa siri penganjuran Kempen Tebus Plastik “PLASTIC4CHANGE”, Persatuan Kitar Semula Sabah (RIPPLE) kali ini akan mengadakan kolaborasi bersama Jabatan Pelancongan dan Kesejahteraan Masyarakat, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK).
Buat julung kalinya, Kampung Kobuni, Inanam telah dipilih sebagai Komuniti Perintis bagi pelaksanaan inisiatif ini. Ia sejajar dengan usaha untuk membangunkan Pelancongan Berasaskan Komuniti (CBT) lestari di bawah Program Citra Kasih. Kempen ini akan diadakan di Balairaya Homestay Desa Cinta Kobuni, Inanam bermula pukul 2.00 petang hingga 4.00 petang.
Untuk maklumat lanjut, warga Bandaraya Kota Kinabalu boleh menghubungi urus setia melalui talian 018-965 5281.



