Berita: PENJAJA, DBKK BERSATU HATI JAYAKAN GOTONG ROYONG PEMBERSIHAN SEKITAR PASAR
18 OGOS 2025: Dalam usaha mewujudkan persekitaran pasar yang kondusif dan kemas, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) melalui Jabatan Pelesenan telah menganjurkan aktiviti gotong-royong pembersihan di Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Ikan dan Anjung Kinabalu, pada 15 Ogos 2025.
Inisiatif ini mendapat kerjasama daripada para penjaja di pasar berkenaan dengan penglibatan seramai 80 orang penjaja bersama lapan anggota Jabatan Pelesenan, DBKK yang bersama-sama mengerah tenaga sepanjang aktiviti berlangsung.
Kerja-kerja pembersihan yang berlangsung bermula 2.00 petang ini melibatkan kerja-kerja pembersihan yang melibatkan kawasan lot gerai masing-masing di Pasar Besar Kota Kinabalu, Pasar Ikan dan Anjung Kinabalu.
Selain daripada itu, para penjaja turut membersihkan parit di sekitar kawasan pasar serta kawasan lapang berhampiran D'Walai Haruman dan juga kawasan kaki lima kawasan di D'Walai Mutiara.
Usaha sama ini menjadi cerminan kepada kerjasama erat di antara DBKK dan penjaja pasar dalam memastikan tahap kebersihan di kawasan pasar sentiasa terjamin. Terima kasih kepada semua pihak yang terlibat dalam menjayakan inisiatif ini!
Sumber Info dan Foto: Jabatan Pelesenan, DBKK
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



