Berita: TAHNIAH! KEPUTUSAN PENUH PERTANDINGAN BERJALAN LALU PERBARISAN HARI KEBANGSAAN HARI SABAH 2025
31 OGOS 2025: Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 di Jalan Tun Fuad Stephens hari ini menyaksikan sebanyak 169 kontinjen yang menyertai Acara Berjalan Lalu, terdiri daripada 126 kontinjen perbarisan dan 43 buah aset kenderaan.
Hadir menyempurnakan Acara Penyampaian Hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh YB Datuk Tan Lee Fatt, Pembantu Menteri Kewangan Sabah merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) N.19 Likas; YBhg. Datuk Mohd. Sofian Alfian Nair, JP, Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan Negeri Sabah selaku Pengerusi Jawatankuasa Pelaksana Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025 dan YBhg. Dato’ Sri Dr. Haji Sabin bin Samitah, JP, Mayor Bandaraya Kota Kinabalu selaku Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025.
Berikut adalah keputusan penuh Pertandingan Berjalan Lalu Perbarisan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025:
JABATAN KERAJAAN BERPAKAIAN SERAGAM RASMI:
Johan: Jabatan Perhutanan Sabah
Naib Johan: Majlis Perbandaran Sandakan
Ketiga: Jabatan Tanah dan Ukur SabahJABATAN KERAJAAN TIDAK BERPAKAIAN SERAGAM RASMI:
Johan: Kementerian Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar
Naib Johan: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu
Ketiga: Kementerian Kerja Raya Sabah
Ke-4: Kementerian Belia dan Sukan Sabah
Ke-5: Lembaga Pembangunan Perumahan dan Bandar
Ke-6: Kementerian Pembangunan Perindustrian dan Keusahawanan Sabah
Ke-7: Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi Sabah
Ke-8: Pejabat Setiausaha Persekutuan Sabah
Ke-9: Jabatan Perikanan Sabah
Ke-10: Jabatan Ketua MenteriSWASTA/KOMERSIAL:
Johan: Lembaga Pelabuhan-Pelabuhan Sabah
Naib Johan: Lembaga Pemegang Amanah Taman-taman Sabah
Ketiga: Kumpulan Yayasan SabahPERSATUAN ETNIK SABAH:
Johan: Persatuan Kebudayaan Kesenian dan Warisan Bajau Tabawan Sabah (SABATA)
Naib Johan: Persatuan Masyarakat Brunei Sabah
Ketiga: Persatuan Etnik Dusun Minokok Tompizos Sabah (PEDMTS)PERTUBUHAN BUKAN KERAJAAN (NGO):
Johan: Persatuan Pandu Puteri Malaysia Cawangan Sabah
Naib Johan: Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Kota Kinabalu
Ketiga: Majlis Belia SabahIPTA/IPTS:
Johan: Komander Kesatria UiTM Cawangan Sabah
Naib Johan: MAHSA College Sabah
Ketiga: Petronas, Briged Bomba dan Penyelamat Kimanis Petroleum Training CentreSEKOLAH MENENGAH:
Johan: Kadet Koreksional Negeri Sabah
Naib Johan: SMK Tansau, Penampang
Ketiga: SM Stella Maris, Kota KinabaluSEKOLAH RENDAH:
Johan: SK Tobobon, Kota Kinabalu
Naib Johan: SK Api Api, Kota Kinabalu
Ketiga: Pengakap SK Sri GayaPemenang Johan, Naib Johan dan Ketiga bagi semua kategori perbarisan masing-masing menerima hadiah wang tunai bernilai RM1,500, RM1,300 dan RM1,000 berserta piala iringan dan sijil.
Sementara itu, bagi pemenang Kategori Jabatan Kerajaan Tidak Berpakaian Rasmi di tempat Ke-4, Ke-5 dan Ke-6, masing-masing membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM900, RM800 dan RM700, manakala pemenang tempat Ke-7 hingga Ke-10 membawa pulang hadiah wang tunai bernilai RM600 berserta piala iringan dan sijil.
Setinggi-tinggi tahniah kepada semua kontinjen perbarisan yang telah menjayakan Acara Berjalan Lalu bersempena dengan Sambutan Hari Kebangsaan Hari Sabah 2025!
Liputan: Eleanor Michelle Patrick
Foto: Renaldo Fernandez#HKHM2025
#MalaysiaMADANI
#RakyatDisantuni
#BandarayaKotaKinabalu
#BandarayaPintarDanLestariBahagian Media dan Komunikasi
JPPA, DBKK



